Harini hari ke empat yg terakhir kita berpuasa. Lagi tiga hari je nak puasa. Lagi tiga hari je nak raya. Yayy. Aku sukaaaaaaa. Act, aku baru balik drpd sekolah. Aku sampai rumah ni kemarin. Perjalanan semua lancar, tapi satu benda je yg aku tak suka time balik haritu. Okay, driver bas aku tu orang India, then ada ke patut dia pergi pasang cerita tembak2, pukul orang, i mean cerita tu teruk lah, dengan speaker volume yg dia pasang tak berapa tah, memekak kan telinga kitaorang je. Sakit hati oh naik bas tu. Tapi apa2 pun semua sampai dengan selamat. Alhamdulillah.
Then, aku nk cerita pasal std 3 haritu. Alhamdulillah semua okay tapi slack add math je. Markah aku tak memberangsangkan. Markah tu mcm orang bodoh je patut dapat. Markah tu mcm markah org tak belajar. Serius aku malu dpt markah mcm tu walaupun tak fail. Aku tak tau apa masalah aku dan aku tak tau nak cakap apa FULLSTOP but overall alhamdulillah.
Lepastu, pencalonan BWP pun dah selesai. Aidil AMin jadi presiden. Aqilah Rahim & Munir jadi VP. Al-Arif jadi ketua LDP, Zetty jadi Exco Sukan, Intan jadi Exco Puteri, Syairah jadi exco makanan. Tahniah korang :D then, aku jadi setiausaha biro puteri. Instead of that, aku apply librarian and know tggu nak di interview je. Harap2 lepas. Amin.
Next, aku terpilih untuk join group Lajnah Al Ukhwaniah. This group are under counselling. Consists of 20 members. Group ni group khidmat msyrkt sbnrnya. Di samping itu, untuk meningkatkan lagi kualiti untuk mengendalikan sesebuah majlis plus cara bercakap di khalayak ramai. Alhamdulillah, everything is in progress and after holiday we will start the activity by visiting rumah anak yatim at Kuantan. Ketua yg memimpin ialah Aiman Isa dan penolongnya ialah Nur Diana. Good job everyone :)
Information seterusnya adalah berkenaan dengan inovasi Little Kiddo Bottle. Lepas raya ni kitaorang berempat akan mengembara ke Kelantan pada 24, 25 dan 26 hb. Lepas tu, Ira dan Azwa akan pergi Perak, dan pada bulan 11 Aina dan aku akan pergi KL. Act, Johor pun ada tapi sbb bertembung dengan yg Perak punya, so cikgu prefer pergi Perak. Then, duit haritu yg menang kitaorang dah dapat dah. Selepas dibahagi bahagi kan kitaorang dapat RM 1500. Opps, bukan sorang satu dpt RM 1500, tapi kena share sbb duit selebihnya dah diberi kpd maktab lah and so on.
Cerita last yg sedih sblm ending entry aku adalah waktu last day dkt maktab sblm nk balik cuti beraya haritu. Mcm ni cerita dia. Pagi tu kitaorang keluar lambat sikit drpd asrama, then dah habis sesi gotong royong tu kitaorang terus pergi kelas. Mmg time tu kitaorang tak tgk jam pun pukul berapa then tetibe ada org kata 'korang jom pergi rokol'. Kitaorg pun pergi lah dgn selambanya. Lalu depan kelas f5 tetibe Cikgu Hariza menjerit 'kenapa lambat pergi rokol?' ' kenapa tak pergi rokol?' 'awak tau tak skrg pukul berapa?' kitaorang pun dah cuak lah. Serius terkejut. Semua F4 tau tak? Haishh. Lepastu berkumpul lah dekat bawah tangga tu. Then kena ketuk ketampi 50 kali menghadap kelas F5. Beratur lah kitaorang memanjang. Mula2 malu lah juga, lama2 tu buat dek je. Maafkan kami cikgu :')
Okay, selamat menghabiskan puasa lagi untuk tiga hari ni dan selamat hari raya juga :)
Post a Comment
<< home ?