+follow | -dashboard
Eldest Daughter's Story

Tagboard




Onak duri

Photobucket
Wuuu, meletup post aku harini. Tajuk pun bukan main lagi tu. Haa, korang agak apa eh? Hahaha. Sekian sekian sekian, aku malas nak cerita terus masuk topik!
"Tak kenal maka tak cinta"
Lebih kurang sebulan dah aku mendaftar jadi anak TRazak. Dan dengan pendaftaran ni bermula satu perjalanan yang panjang lagi. Dua tahun dengan benda benda yang baru. Oh, bukan nak cakap apa tapi yang aku pasti aku tak terbiasa lag dengan budak budak baru ni. Serius aku cakap, hati aku masih ada dalam tiga tahun lepas. Jadi, warm welcome to all freshie. Bonjour, hi :) Dan aku dapat kelas Duke, homeroom Dynamic dan rumak sukan Orion (hijau). Tak kenal maka tak cinta. Ya, aku nak cakap pasal ni. Macam mana nak kaitkan eh? Hmm, TRazak + Kuantan + Pasir Tumboh + Langkawi + Pontian. Kalau kita semua tak kenal maka kita takkan bercinta. Pftt~ aku merepek. Back to the topic. Korang korang, aku minta maaf kalau tak bergaul sangat dengan korang yg baru masuk. Bukan sombong, bukan tak suka, bukan tak nak tapi sebab aku tak biasa. Dan aku cuba untuk biasakan. Masuk kelas hari pertama aku rasa gugup. Kalau tak sebelum ni masuk kelas senyum tergelak. Aku minta maaf. Lagi satu, nak cam muka korang pun susah Lagi lagi budak lelaki ni. Ada yang nak dekat sama. Haihh~ InsyaAllah, dalam masa dua tahun ni aku cuba buat yg terbaik untuk mengenali korang walaupun susah dan korang pun tahu benda tu. Jadi, kalau kita tak kenal, maka takkan ada tali ukhwah antara kita. Kita semua boleh (Y)
"Ice breaking"
Dan selepas beberapa minggu bersekolah, Azim bagi idea suruh buat ice breaking. Aku on je bab tolong menolong ni. And the programme start really well but ended a little bit dissapointed. Starting with making a jet, rocket or whatsoever that can fly. Lepastu tulis nama dan numb maktab. Waktu diaorang khusyuk buat rocket tu, aku dapat tangkap satu gambaran yang kita semua boleh masuk. Tak tau nak gambarkan tapi bila tengok diaorang bekerjasama buat rocket tu walaupun benda tu simple, nampak kebahagiaan. Aku paling suka bila part nak baling sbb lelaki lama akan baling dekat perempuan baru dan lelaki baru baling dekat perempuan lama. Time ni la seronok. Nampak diaorang asyik tergelak dan tak sabar nak baling. Lepas dah dapat rocket pergi cari pasangan tu. Macam rancangan realiti cari jodoh. Ops, nasib baik aku tak join! Hahaha. Then, habis aktiviti tu cari ketua untuk lelaki dan ketua untuk perempuan. Lelaki dapat Syahid dan perempuan dapat aku. Waeyoooo~ first time nak bekerjasama dengan budak baru. Hi Syahid :) selamat bekerjasama ya! Then program habis.
"Standardised 1"
Part ni part yang paling sedih. Mana taknya, baru belajar berapa minggu/hari tetibe ada exam. Kesian dekat budak2 baru. Diaorang paling terkejut. Semua tanya 'kenapa mcm ni' kenapa mcm tu'. Lagi terkejut bila exam ni ikut waktu subject dalam kelas. Memang la kan~ Dan aku frust menonggeng bila jawab math mode & add math macam orang gila Serius aku cakap aku jadi blank. Tak ingat jalan kira and formula. Ya Allah! Apa dah jadi ni? Sadis sungguh T.T bila dah habis exam rasa lega, mana taknya shock culture naik upper forrm. SPM SPM. Harap dipermudahkan :)



Takdela beronak duri sangat. Tapi aku yang merasai rasa macam banyak sangat duri yang aku pijak sampaikan aku rasa masa tu berjalan dengan laju. Semua benda nak kena settle dengan cepat dan hasilnya kenalah mantap. Nampaknya memang betul lah, cara pembelajaran tu kena ubah. Sampai sini sajalah. Esok sambung lagi kot xD

Have a blast holiday guys. Much love xx

Post a Comment



<< home ?