Terlambat satu hari. Eh, takpe sebab kita memang dah masuk Maal Hijrah. Hmm, bercakap tentang Maal Hijrah ni apa yang korang faham? Maal Hijrah ni adalah satu perpindahan daripada sesuatu yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Yes, sepatutnya kita sebagai manusia setiap hari macam tu. Bukannya kena tunggu Maal Hijrah baru nak berubah. It is one of the wrong perception. Tapi apakan daya, kita sebagai manusia sentiasa leka, alpa dan lalai dalam mengejar harta duniawi sehinggakan kita tak sedar yang kita telah banyak membuat kesalahan kepada orang. But this goes the same on me. Saya pun tak sedar apa yang saya buat mungkin benda tu dah sakitkan hati orang (anyone). Jadi, pada permulaan Maal Hijrah ni marilah kita bersama sama mengenang dan menyingkap kembali kisah kisah silam dan lakukan satu perubahan yang bermakna. Jangan berubah kerana permulaan ini. Tapi berubah untuk selama lamanya. Dan saya ni bukanlah baik sangat nak bagi nasihat dekat orang. So, lets be together dan saling nasihat menasihati ke arah kebaikan. Itu lebih baik daripada cakap cakap belakang, fitnah dan seumpamanya! Thats it! Buang semua sikap tak suka dekat orang, tapi lebih sukakan orang. Buang semua sikap yang menyakitkan hati, tapi lebihkan sikap yang menyenangkan orang. Buang semua sikap yang kita semua tahu benda tu tak elok, then make a change. Step forward and move forward! And the most important, kita sebagai umat Islam mesti bersemangat dan menanam cita cita yang tinggi. Dalam pada waktu yang sama, kita mesti berani melakukan pengorbanan. Pengorbanan yang dilakukan mestilah ikhlas dan sentiasa yakin! So, lets form a transformation from now on :)
Post a Comment
<< home ?